Jadual Spesifikasi Ujian
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang
ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan
ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin
merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan.
Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan
soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah
disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai
proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi
kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san
pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk
menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya
disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan
JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan
keutuhan.
Langkah Pembinaan JSU
Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina
Jadual Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah
berikut:
Rajah : langkah pembinaan JSU
Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh
maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan
pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajik
kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi
sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu
tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga
diamabil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh
mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masabagi
sesuatu tajuk bermain tersebut.
Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif
pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan
kemahiran yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk
menentukan tahap kesukaran mana yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan
kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya
dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting kepada penggubal
kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan
soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina.
Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya
mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang
biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran
yang mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.
Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah
menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang
ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai
berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang
bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecedasan
murid.
Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan
soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain
objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah
soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan
sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi
markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula
bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain
memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah
soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian,
yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa murid
dan lain-lain.
Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal
kertas ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU
adalah seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih
terangcang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara
sembarangan. JSU akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini
berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin.
Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa
ke semasawalaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan
dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi
keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu
ujian dengan ujian yang lain.
Rumusan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan
sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk
merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan
persediaan item atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU mempunyai peranan
yang penting.