Kata Ganti Diri
1. Kata
ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
2. Kata ganti diri
tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
*Kucing itu mati.
la dilanggar lori. (salah)
Kucing itu mati
dilanggar lori. (betul)
3. Kata beliau
boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru,
menteri atau orang tuatua, dan bukan kanakkanak. Misalnya:
*Beliau ditangkap
kerana mengedarkan dadah. (salah)
Dia ditangkap
kerana mengedarkan dadah. (betul)
4. Semua
kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamukamu, *andaanda,
*mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
*Merekamereka yang
bersalah akan dihukum. (salah)
Mereka yang
bersalah akan dihukum. (betul)
5. Kata ganti ia
dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya:
*Jika tidak
dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
Jika tidak
dirawat, mungkin is akan lumpuh. (betul)
6. Kata
ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan
dengan kerabat diraja saja.
No comments:
Post a Comment